Nov 22, 2011

Wordless Wednesday =)

Perjalanan yang penuh ranjau dan duri pada saat dan ketika ini pasti ada sesuatu yang manis menanti.....





e'eh ada ayam sesat kat BERA ke CANBERA ni...hehe



die bawak awek die loll.... perghhh ayam ni dating x agak2 tepi sungai...

#Segalanyabermuladisini####

Nov 16, 2011

Mencegah!!!!

Ape itu mencegah??? (sila semak kamus dewan bahasa dan pustaka) hehe...dasar pemalas ko farah.. Ayat dah gebang mcm nak cite besar..

Ada bende penting yang perlu dikongsikan bersama disini. It's about CARA MENCEGAH DENGGI ATAU NYAMUK AEDES!!!!!

Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

Benda penting yang uooolllss semua kene buat:

  • Perlindungan dari gigitan nyamuk.(sila pakai baju yang bersesuaian, boleh fikir kan??)
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.(paham ke idok??)
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.(pasu2 yg x pakai tu sila telangkupkan bg mengelakkan menjadi tempat pembiakan)

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:

  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.
  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.
  • Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup. 

#SegalanyaBermulaDisini##

Nov 15, 2011

Segalanya Bermula

Tiba-tiba rasa nak berblog plak(apahal plak kau ni???)



Hope u alls semua can give me some inspire to conteng-conteng disini......


#SegalanyaBermulaDisini#####